Kenaikan gaji, pengumuman ditunggu-tunggu penjawat awam - Mahdzir

Mahdzir (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada waris ahli Mubarak sempena Majlis Tautan Kasih Sepetang Bersama Mubarak Kedah 2024 di Sungai Petani pada Rabu.
Mahdzir (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada waris ahli Mubarak sempena Majlis Tautan Kasih Sepetang Bersama Mubarak Kedah 2024 di Sungai Petani pada Rabu.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Kenaikan gaji penjawat awam melebihi 13 peratus bermula Disember tahun ini adalah pengumuman yang sangat ditunggu-tunggu penjawat awam.

Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kenaikan itu sudah pasti memberi khabar gembira buat kakitangan kerajaan.

"Saya fikir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil peluang sempena dengan Hari pekerja 1 Mei untuk mengumumkan dasar gaji baharu yang melebihi daripada 13 peratus.

"Ini merupakan satu pengumuman yang besar selepas 12 tahun kakitangan kerajaan tidak ada, belum ada satu kenaikan besar, jadi pada saya merupakan satu pengumuman yang baik dan ditunggu-tunggu," katanya.

Beliau ditemui ketika hadir ke Majlis Tautan Kasih Sepetang Bersama Mubarak Kedah 2024 di sini pada Rabu.

Tambahnya, beliau yakin pengumuman kenaikan gaji itu juga akan membawa faedah kepada golongan pesara.

Anwar sebelum ini menyifatkan pengumuman yang dibuat sempena Hari Pekerja itu sebagai menghargai sumbangan dan jasa penjawat awam kepada negara, dalam masa sama mahu golongan berkenaan terus meningkatkan produktiviti selari dengan kenaikan gaji yang dinikmati.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: