MOTAC terima aduan perkhidmatan lemah ejen pelancongan berdaftar

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Roslan Tan Sri Abdul Rahman menyampaikan Anugerah Standard Bandar Pelancong Bersih ASEAN 2024-2026 (2024-2026) kepada Perbadanan Putrajaya pada majlis Anugerah Standard Pelancongan Asean 2024 yang diadakan pada Isnin. Foto Sinar Harian - Rosli Talib

A
A
A

CYBERJAYA - Penggiat industri termasuk ejen pelancongan perlu meningkatkan kualiti perkhidmatan masing-masing selaras dengan Pelan Pelancongan Strategik Asean 2016-2025.

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing berkata, ini kerana terdapat pelancong luar negara kini lebih cenderung untuk tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar atas sebab kualiti penyampaian perkhidmatan yang lemah oleh segelintir pengusaha industri pelancongan.

“Pemain industri pelancongan harus sedar dan bangkit dengan memperkasakan perkhidmatan dan melahirkan inisiatif baharu harus ditingkatkan demi menarik perhatian pelancong luar untuk bertandang ke negara kita.

“Saya berharap agar semua penerima dapat mengekalkan Standard Pelancongan ASEAN sebagai nilai tambah kepada produk atau perkhidmatan sedia ada masing-masing.

"Pihak industri pelancongan harus sedar bahawa faktor tarikan kepada pelancong masa kini adalah perkhidmatan berkualiti serta pelancongan yang mampan dan selamat,” katanya pada Majis Anugerah Standard Pelancongan ASEAN 2024 Peringkat Kebangsaan di sini pada Isnin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Roslan Abdul Rahman.

King Sing berkata, pihaknya akan turun padang dan membuat penggredan semula sekiranya menerima aduan perkhidmatan yang disediakan oleh hotel dan homestay tidak setimpal dengan harga yang dibayar.

“Semua premis hotel, spa, homestay dan restoran perlulah sentiasa dalam keadaan yang baik terutamanya kebersihan dari segi tandas dan kawasan premis. Laksanakan penyelenggaran dan penaiktarafan dari semasa ke semasa.

Artikel Berkaitan:

“Bagi perkhidmatan spa perlulah memastikan semua juruterapi adalah berkemahiran dan memberi perkhidmatan yang telus dan cekap demi menjagi imej sektor spa.

“Pengusaha-pengusaha restoran juga perlulah memastikan harga makanan adalah berpatutan, kualiti makanan adalah terjaga dan bukan semata-mata meraihkan keuntungan,” tegasnya.

Terdahulu seramai 20 daripada 107 calon terdiri daripada pihak berkuasa tempatan (PBT),hotel, restoran, pusat konvensyen menerima Anugerah Standard Pelancongan ASEAN (2024-2026) Peringkat ASEAN yang berlangsung pada 26 Januari lalu di Vientiane, Lao PDR.

Cyberjaya: April 29 2024:Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Roslan Tan Sri Abdul Rahman menyampaikan Anugerah Standard Bandar Pelancong Bersih ASEAN 2024-2026(2024-2026) kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pada majlis Anugerah Standard Pelancongan Asean 2024 yang diadakan pada Isnin.

Tiga bandaraya yang menerima Anugerah Standard Bandar Pelancong Bersih ASEAN 2024-2026, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Perbadanan Putrajaya.

16 bandaraya dan daerah menerima Anugerah Standard Bandar Pelancong Bersih Peringkat Kebangsaan 2024-2026 termasuklah Kuantan, Kuching, Shah Alam, Kota Tinggi, Seremban, Alor Setar dan Terengganu, Jeli, Kota Kinabalu dan Manjung.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!