Sila log masuk terlebih dahulu.

Kasino di Forest City: Berjaya buat laporan polis

29 April 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 29 APRIL 2024

Berjaya Corporation Berhad (Berjaya) membuat laporan polis berhubung penerbitan artikel yang mengaitkan pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuka kasino di Forest City, Johor.

Menerusi kenyataan, Berjaya memaklumkan laporan polis telah dibuat oleh wakil mereka pada Jumaat lalu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan menyeluruh terhadap perkara itu.

Katanya, penerbitan berniat jahat sebegini diburukkan lagi dengan tiada agensi berita membuat pengesahan fakta sebelum menerbitkan berita.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661937/berita/semasa/kasino-di-forest-city-berjaya-buat-laporan-polis

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #forestcity #VincentTan