[VIDEO] Kasino di Forest City: Berjaya buat laporan polis

A
A
A

KUALA LUMPUR- Berjaya Corporation Berhad (Berjaya) membuat laporan polis berhubung penerbitan artikel yang mengaitkan pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuka kasino di Forest City, Johor.

Menerusi kenyataan, Berjaya memaklumkan laporan polis telah dibuat oleh wakil mereka pada Jumaat lalu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan menyeluruh terhadap perkara itu.

Vincent Tan. Foto fail Bernama
Vincent Tan. Foto fail Bernama

"Penerbitan berniat jahat sebegini diburukkan lagi dengan tiada agensi berita membuat pengesahan fakta sebelum menerbitkan berita," katanya pada Isnin.

Sebelum ini, Berjaya menafikan terdapat rancangan dan perbincangan untuk membuka kasino di Forest City seperti didakwa.

Artikel Berkaitan:

Ia susulan laporan Bloomberg yang mendakwa kerajaan Malaysia sedang mengadakan rundingan bersama pengasas Berjaya, Vincent Tan dan Genting Group, Lim Kok Thay untuk rancangan membina kasino selepas Genting Highlands.

Dakwaan tersebut bagaimanapun disangkal Anwar.


Polis terima tiga laporan isu berkait Forest City

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima tiga laporan yang dibuat pihak Berjaya Corporation Berhad, pada Jumaat lalu.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam kenyataan kepada Sinar Harian berkata, laporan itu dibuat oleh peguam Berjaya Corp Bhd.

"Satu laporan dibuat terhadap Bloomberg dan dua lagi masing-masing ke atas The Edge, Singapura serta Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard," katanya pada Isnin.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan Berjaya Corporation Berhad membuat laporan polis berhubung dakwaan penerbitan artikel yang mengaitkan pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuka kasino di Forest City, Johor.

Menerusi kenyataan, syarikat itu memaklumkan laporan polis telah dibuat oleh wakil mereka bagi membolehkan polis menjalankan siasatan menyeluruh terhadap perkara itu.

Ia susulan laporan Bloomberg yang mendakwa kerajaan Malaysia sedang mengadakan rundingan bersama pengasas Berjaya, Vincent Tan dan Genting Group, Lim Kok Thay untuk rancangan membina kasino selepas Genting Highlands.

Pada Ahad, Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, Majistret Mahkamah Kuala Lumpur membenarkan Che'gu Bard direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama dua hari sehingga 29 April.

Tangkapan berhubung hantaran yang mengaitkan Anwar dengan isu pembinaan kasino di Forest City serta melibatkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai benteng kritikan.

Berikutan itu, Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu akan dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pada Selasa.

Terdahulu, Che'gu Bard dihadapkan dengan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin kerana memfitnah dan menghasut untuk merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!