Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat

Adnie menamatkan larian di kedudukan keempat dengan catatan masa 2 jam 57 minit. - Stadium Astro
Adnie menamatkan larian di kedudukan keempat dengan catatan masa 2 jam 57 minit. - Stadium Astro
A
A
A

SEORANG peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.

Dalam larian itu semalam, Mohamad Adnie yang menyertai acara larian penuh diserang kekejangan otot dan rebah sebelum dibantu oleh Qaiser Heshaam yang juga peserta larian 21km.

Tindakan yang dilakukan Qaiser itu menarik perhatian ramai dengan semangat kesukanan yang ditunjukkan dalam memberi bantuan untuk memapah Adnie membawanya melintasi ke garisan penamat.

Adnie menamatkan larian di kedudukan keempat dengan catatan masa 2 jam 57 minit sementara Qaiser berada di kedudukan ke-10 dengan catatan masa 1 jam 27 minit. - Awani/ Stadium Astro

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: