Sila log masuk terlebih dahulu.

Jerat mangsa dengan perbualan mesra sebelum melabur

29 April 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 29 APRIL 2024

Seramai 19 individu termasuk seorang remaja perempuan diberkas dalam serbuan di tiga rumah mewah dipercayai beroperasi sebagai 'calling centre' di sekitar bandar raya Johor Bahru, Khamis lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis (IPD) Iskandar Puteri dan Johor Bahru Selatan membawa kepada serbuan yang dibuat antara jam 10.55 pagi sehingga 5 petang.

Menurutnya, rumah mewah 'gated and guarded' dijadikan sebagai pusat panggilan palsu yang menawarkan pelaburan tidak wujud dengan menyasarkan mangsa rakyat tempatan dan luar negara.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661910/berita/semasa/jerat-mangsa-dengan-perbualan-mesra-sebelum-melabur

Muzik: Elevate dari www.bensound.com