37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS

Angka kematian rakyat Palestin di Semenanjung Gaza akibat serangan Israel yang berterusan meningkat kepada 34,454. - Foto Reuters
Angka kematian rakyat Palestin di Semenanjung Gaza akibat serangan Israel yang berterusan meningkat kepada 34,454. - Foto Reuters
A
A
A

PUSINGAN konflik Palestin-Israel yang bermula pada Oktober 2023 telah meninggalkan kira-kira 37 juta tan serpihan runtuhan di Semenanjung Gaza.

Menurut pegawai kanan Perkhidmatan Tindakan Lombong PBB (UNMAS), Pehr Lodhammar, terdapat juga sejumlah besar senjata api yang tidak meletup tertimbus di dalam runtuhan yang menimbulkan risiko kepada kerja pembersihan.

"Apa yang kami tahu, kami menganggarkan 37 juta tan serpihan, iaitu lebih kurang 300kg serpihan setiap meter persegi. 65 peratus daripada bangunan yang musnah adalah bangunan kediaman.

"Anggaran telah dibuat berdasarkan jumlah semasa daripada banyak serpihan di Gaza dan dengan 100 trak, kita bercakap tentang 14 tahun bekerja dengan 100 trak," katanya.

Angka kematian rakyat Palestin di Semenanjung Gaza akibat serangan Israel yang berterusan meningkat kepada 34,454.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, tentera Israel telah melakukan tujuh operasi ketenteraan dalam tempoh 24 jam lalu yang membunuh 66 rakyat Palestin dan mencederakan 138 yang lain.

Ini menjadikan jumlah kecederaan meningkat kepada 77,575 sebagai tambahan kepada angka kematian sejak konflik Israel-Hamas meletus pada 7 Oktober 2023. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: