Mustapa Mohamed terima anugerah Kerajaan Jepun

Mustapa Mohamed
Mustapa Mohamed
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Rising Sun daripada Kerajaan Jepun atas sumbangan beliau dalam hubungan Jepun-Malaysia.

Kedutaan Jepun di Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, Mustapa yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri diberikan penghormatan tersebut sempena Spring Imperial Conferment 2024.

"Sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, beliau memperkukuh perdagangan dan hubungan ekonomi Jepun-Malaysia dengan menggalakkan penyertaan Malaysia ke dalam CPTPP (Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik) dan mengembangkan Dasar Pandang Ke Timur,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut Mustapa juga mengukuhkan hubungan bidang tenaga antara kedua-dua negara dengan penyediaan bekalan gas asli cecair (LNG) yang stabil kepada Jepun dan mengumumkan sokongan Malaysia kepada Komuniti Pelepasan Karbon Sifar Asia (AZEC). - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: