Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ

Undang-undang Membanteras Pelacuran dan Homoseksualiti itu menetapkan hukuman penjara sehingga 15 tahun kepada pesalah yang melakukan hubungan sejantina. Foto Agensi
Undang-undang Membanteras Pelacuran dan Homoseksualiti itu menetapkan hukuman penjara sehingga 15 tahun kepada pesalah yang melakukan hubungan sejantina. Foto Agensi
A
A
A

BAGHDAD - Parlimen Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.

Menurut kandungan dokumen berkenaan, undang-undang yang diterima pakai itu bertujuan untuk melindungi masyarakat negara tersebut daripada kebejatan moral berikutan golongan LGBTQ semakin mendominasi dunia.

Undang-undang Membanteras Pelacuran dan Homoseksualiti itu menetapkan hukuman penjara sehingga 15 tahun kepada pesalah yang melakukan hubungan sejantina, manakala pelaku mempromosikan homoseksual atau aktiviti persundalan bakal dihukum penjara tujuh tahun.

Difahamkan, RUU itu pada mulanya turut mengenakan hukuman mati terhadap pesalah, namun butiran itu dipinda setelah berdepan bantahan kuat daripada Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah.

Ia juga mengenakan tindakan tegas terhadap individu yang sengaja menyerupai gender berlawanan dan menukar jantina asal yang boleh dihukum penjara antara 12 dan 36 bulan.

Data Our World menunjukkan lebih 60 negara melaksanakan langkah tegas sama terhadap golongan LGBTQ manakala perbuatan seksual luar tabii itu dianggap tidak melanggar undang-undang di lebih 130 negara. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: