Warga emas maut kereta rempuh penghadang jalan

Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. - Foto PDRM
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. - Foto PDRM
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang warga emas maut selepas kereta dipandu melanggar besi penghadang jalan dalam kemalangan di Jalan Persiaran Raya, Susur Jalan Taman Damar di sini pada Rabu.

Mangsa lelaki berusia 85 tahun meninggal dunia dalam kejadian jam 11 malam itu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku ketika mangsa memandu kereta jenis Proton Saga dari arah Bentong menghala ke Gua Musang.

“Ketika sampai di lokasi kejadian, kereta mangsa terlanggar besi penghadang jalan dan pelanggaran itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah seterusnya meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kereta terlanggar besi penghadang jalan mengakibatkan pemandunya maut. Foto PDRM
Kereta terlanggar besi penghadang jalan mengakibatkan pemandunya maut. Foto PDRM

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya, hasil daripada bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan oleh pendarahan yang banyak dan kecederaan pada paru-paru akibat patah tulang selangka sebelah kiri.

Artikel Berkaitan:

“Saya juga meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian menyalurkannya bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian,” ujar beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!