Tutup kedai makan 24 jam: Fikir dahulu cara lain

Kedai makan 24 jam itu memainkan peranan penting dalam ekonomi negara dengan menyediakan peluang pekerjaan serta menjana pendapatan melalui jualan makanan dan pelancongan. Gambar hiasan
Kedai makan 24 jam itu memainkan peranan penting dalam ekonomi negara dengan menyediakan peluang pekerjaan serta menjana pendapatan melalui jualan makanan dan pelancongan. Gambar hiasan
A
A
A

CADANGAN Persatuan Pengguna Pulau Pinang untuk menutup kedai makan 24 jam akan mengakibatkan banyak pihak yang mengalami masalah terutama mereka yang bekerja pada waktu malam.

Pada Selasa, Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader menggesa lesen operasi 24 jam yang diberikan kepada kedai makan dimansuhkan.

Ia berikutan kajian menunjukkan terdapat kesan negatif akibat tabiat makan lewat malam seperti berat badan bertambah, gangguan tidur dan masalah penghadaman.

Namun begitu, perkara tersebut tidak wajar dipertimbangkan kerana pengoperasian kedai makan merupakan sebahagian besar daripada ekonomi Malaysia.

Lagipun, bagi mereka yang bekerja pada waktu malam, kedai-kedai 24 jam tersebut merupakan sumber makanan yang dapat diperolehi tatkala orang lain sedang berehat di rumah.

Menurut Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, kedai makan 24 jam itu memainkan peranan penting dalam ekonomi negara dengan menyediakan peluang pekerjaan serta menjana pendapatan melalui jualan makanan dan pelancongan.

Ia menawarkan kemudahan dan kebolehcapaian kepada individu yang mempunyai jadual yang pelbagai, termasuk pekerja syif lewat, pengembara yang tiba pada waktu tidak konvensional dan mereka yang mempunyai gaya hidup bukan tradisional.

Justeru, pihak berkuasa sewajarnya mempunyai inisiatif baharu supaya perkara tersebut tidak dilihat sebagai berat sebelah atau mementingkan diri pihak tertentu.

Artikel Berkaitan:

Setiap individu yang terpaksa makan di kedai 24 jam sudah semestinya mempunyai alasan masing-masing untuk tidak bersetuju dengan cadangan yang diketengahkan.

Bagi mereka yang mempunyai tabiat makan lewat malam dan tidak bersenam sehingga menyebabkan berat badan terlebih sehingga obesiti juga disarankan untuk lebih teliti dengan kesihatan diri sendiri.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!