Pembunuh kucing dipenjara 14 bulan

Kucing menjadi mangsa dendam seorang lelaki Korea Selatan selepas haiwan itu mencakar keretanya. - Agensi
Kucing menjadi mangsa dendam seorang lelaki Korea Selatan selepas haiwan itu mencakar keretanya. - Agensi
A
A
A

SEOUL - Seorang lelaki Korea Selatan dijatuhi hukuman penjara 14 bulan kerana membunuh 76 ekor kucing gara-gara berdendam selepas haiwan itu mencakar keretanya.

Mahkamah Daerah Changwon di tenggara Korea Selatan telah menjatuhkan hukuman terhadap lelaki berusia 20-an kerana melanggar undang-undang perlindungan haiwan di negara itu.

Menurut keputusan mahkamah dilihat The Associated Press (AP), lelaki itu membunuh kucing antara Disember 2022 dan September 2023 selepas marah kerana haiwan tersebut telah mencakar keretanya.

Dia didapati bersalah menangkap kucing terbiar sebelum mencekik beberapa ekor haiwan itu dan selebihnya menikam dengan gunting serta melanggarnya dengan kereta.

Mahkamah memutuskan hukuman penjara tidak boleh dielakkan kerana tertuduh melakukan jenayah kejam secara terancang dan berulang kali. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: