Perlu bantuan khemah, makanan

Barangan makanan dan khemah antara yang sangat diperlukan penduduk Palestin. Foto EPA
Barangan makanan dan khemah antara yang sangat diperlukan penduduk Palestin. Foto EPA
A
A
A

SHAH ALAM - Bantuan khemah dan makanan menjadi keutamaan rakyat Palestin ketika ini selepas kediaman mereka musnah angkara dibedil rejim Zionis.

Rakyat Malaysia yang pernah terkandas di Palestin, Nurul Ain Haron, 38, berkata, bapa mertua dan adik iparnya merupakan antara mangsa yang mengalami nasib sama apabila rumah mereka mengalami kerosakan teruk dan tidak selamat untuk didiami.

“Serangan Israel ke atas Rafah itu adalah benar. Jadi, ramai rakyat Palestin berpindah dari lokasi tersebut dan pulang ke Khan Yunis tetapi hanya beberapa kediaman sahaja masih selamat walaupun sudah ‘berlubang’ dan yang lain hanya tinggal di khemah.

“Di situ (Khan Yunis), tiada sebarang bekalan air bersih dan makanan jadi mereka terpaksa berulang-alik ke Rafah bagi mendapatkan sumber itu. Sehingga kini saya masih berusaha mengumpul dana untuk menghantar bantuan makanan atau kewangan kepada mereka,” katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, beberapa khemah pelarian Palestin di kem pelarian Rafah menjadi sasaran serangan udara oleh Israel pada Isnin.

Nurul Ain
Nurul Ain

Dalam pada itu Nurul Ain berkata, semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memiliki dana besar diharap dapat menghantar bantuan makanan berikutan caj penghantaran mahal.

“Kalau ada NGO yang besar dapat masuk hantar bantuan sangatlah diharapkan. Dana atau sumbangan berjumlah jutaan ringgit oleh rakyat Malaysia mungkin mencukupi untuk sampaikan bekalan makanan, khemah dan perubatan.

Artikel Berkaitan:

“Caj penghantaran untuk trak bantuan bernilai AS$5,000, walaupun mahal tetapi rakyat Palestin sangat memerlukannya,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!