Alonso kemalangan pada perlumbaan Rali Dakar

FB: Bekas pemandu Formula 1 itu tetap meneruskan perlumbaan dalam keadaan cermin depan jentera yang dipandunya pecah.
FB: Bekas pemandu Formula 1 itu tetap meneruskan perlumbaan dalam keadaan cermin depan jentera yang dipandunya pecah.
A
A
A

BEKAS pemandu Formula 1 (F1), Fernando Alonso terlibat kemalangan ketika bersaing pada perlumbaan Rali Dakar hari ini.

Bagaimanapun pemandu kelahiran Sepanyol itu tetap meneruskan perlumbaan dalam keadaan cermin depan jentera yang dipandunya pecah.

Alonso yang berlumba bersama Marc Coma memandu jentera Toyota Hilux di kawasan padang pasir hilang kawalan ketika menghampiri penamat peringkat ke-10 perlumbaan itu.

Akibat hilang kawalan jentera dipandu Alonso berpusing-pusing sehingga menyebabkan bekas juara dunia F1 dua kali itu tersadai hampir setengah jam.

Begitupun Alonso dan Coma masih mampu menamatkan perlumbaan di tempat ke-10, ketinggalan tiga jam dan 17 minit di belakang pendahulu, Carlos Sainz.

Alonso meninggalkan litar F1 pada 2018 dan sejak itu dia bersaing dalam beberapa perlumbaan dunia pemotoran.

Pemandu berusia 28 tahun itu yang pernah memenangi perlumbaan Le Mans 24 sebanyak dua kali, juga pernah mengambil bahagian dalam perlumbaan IndyCar Series

Perlumbaan Rali Dakar tahun ini berlangsung di Arab Saudi buat kali pertama.

Artikel Berkaitan:

Perlumbaan itu telah berlangsung di benua Eropah dan Afrika dari 1979 hingga 2007. Namun selepas dibatalkan pada edisi 2008 atas sebab keselamatan perlumbaan Rali Dakar dilangsungkan di benua Amerika Selatan pada 2009.