Wira masakan tidak didendang

Komuniti PPR Desa Rejang, Setapak, Kuala Lumpur memeriahkan kempen “Dikaulah Jiwa Raya” MAGGI®.
Komuniti PPR Desa Rejang, Setapak, Kuala Lumpur memeriahkan kempen “Dikaulah Jiwa Raya” MAGGI®.
A
A
A

SHAH ALAM - Ramadan dan Aidilfitri adalah masa yang tepat untuk meneruskan tradisi yang berharga, tetapi ada perkara yang lebih penting daripada berkongsi hidangan yang disediakan dengan penuh kasih sayang kepada masyarakat.

Melalui kempen “Dikaulah Jiwa Raya”, MAGGI® memberi penghormatan kepada tukang masak di seluruh negara yang terus memberikan dedikasi penuh serta semangat meraikan Ramadan dan Aidilfitri.

Mereka mengabdikan masa serta kemahiran memasak untuk menzahirkan kegembiraan jiran tetangga serta keluarga menerusi hidangan yang enak dan berkhasiat.

Justeru, kempen “Dikaulah Jiwa Raya” ini merupakan sebahagian daripada inisiatif menyeluruh MAGGI® memeriahkan lagi sambutan Ramadan dan Aidilfitri.

Malah, MAGGI® turut mengabadikan kisah hidup mereka dengan siri video penuh inspirasi yang disiarkan menerusi platform YouTube.

Zahirkan kegembiraan

Bagi Abd Ghani, 68, dia telah mengetuai tukang masak di komuniti PPR Desa Rejang, Setapak, Kuala Lumpur sejak 25 tahun lalu.

ABD GHANI
ABD GHANI

Artikel Berkaitan:

Memiliki kepakaran serta minat mendalam dalam bidang masakan, dia sentiasa berusaha menyediakan hidangan yang enak dan berkhasiat dalam setiap acara di komuniti PPR itu termasuk sempena Ramadan dan Aidilfitri.

“Saya sangat gembira melihat penduduk (PPR Desa Rejang) menikmati hidangan yang saya sediakan, terutamanya golongan-golongan asnaf yang memerlukan.

“Terima kasih kepada MAGGI® atas sokongan mereka, yang membolehkan saya terus memasak bubur lambuk dan berbakti kepada komuniti pada bulan Ramadan,” katanya.

Kempen “Dikaulah Jiwa Raya” melibatkan aktiviti pengagihan lebih 200,000 mangkuk bubur lambuk MAGGI® di seluruh negara sempena Ramadan dan menjelang Aidilfitri sekali gus menghargai usaha luar biasa tukang-tukang masak komuniti.

Malah, sumbangan tukang-tukang masak itu diterjemahkan MAGGI® melalui siri video pendek yang dikongsikan untuk tontonan masyarakat Malaysia menerusi YouTube.

Kasih sayang

MARSITAH
MARSITAH



Sementara itu, Marsitah Daud, 48, menyatakan dia tidak pernah merasa jemu atau penat setiap kali menyediakan hidangan kepada komuniti Jabatan Perhutanan Negeri Johor setiap kali meraikan Ramadan dan Aidilfitri.

Katanya, dia mula terlibat aktif menyediakan hidangan komuniti sejak tahun 2019 dengan hasrat untuk memberikan makanan enak serta berkhasiat kepada kakitangan jabatan itu.

“Bulan puasa (Ramadan) kita menahan lapar dan dahaga, kita tak cukup tenaga. Saya harus masuk ke dalam hutan untuk jalankan tanggungjawab saya.

“Namun, sebagai tukang masak, tidak dapat saya gambarkan kepuasan melihat kakitangan jabatan perhutanan menikmati makanan yang berkhasiat. Saya juga dapat menyalurkan kasih sayang dengan sentuhan istimewa daripada seorang ibu,” ujarnya yang merupakan bekas peserta program Wanita Cukup Berani MAGGI®.

Kempen ‘Dikaulah Jiwa Raya’ MAGGI® mampu mengeratkan lagi kemesraan dan silaturahim di antara ahli-ahli komuniti.
Kempen ‘Dikaulah Jiwa Raya’ MAGGI® mampu mengeratkan lagi kemesraan dan silaturahim di antara ahli-ahli komuniti.

Bagi seorang usahawan restoran, Napisah Mohamad Saifullah, 38, dia berusaha untuk memberikan hidangan yang enak dan bernutrisi kepada para pelanggan serta anak-anaknya.

“Saya masak di rumah atau di restoran sama sahaja. Saya ingin pelanggan saya dapatkan nutrisi yang sama seperti yang saya berikan kepada anak-anak saya di rumah,” katanya yang juga pemilik Warung Kopi Roda di Kemaman, Terengganu itu.

Napisah yang juga bekas peserta program Wanita Cukup Berani MAGGI® menambah, dia juga ingin menjadikan usahanya itu sebagai contoh kepada anak-anaknya untuk sentiasa tekun dan bersemangat untuk menyediakan hidangan.

NAPISAH
NAPISAH

“Saya ingin mereka belajar daripada saya tentang kepentingan memberikan yang terbaik dalam setiap masakan yang disediakan,” katanya.

Sesungguhnya, MAGGI® menekankan kepentingan sumbangan tukang masak yang merupakan wira yang tidak didendang kepada kehidupan komuniti masyarakat.

Seperti mana peranan seorang ibu, pemilik restoran dan tukang masak komuniti, mereka merupakan nadi serta jiwa kepada kesejahteraan kehidupan masyarakat.

Siri video inspirasi kisah wira-wira tidak didendang ini boleh disaksikan menerusi pautan;