Wanita warga emas ditemui mati terkunci dalam rumah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang wanita warga emas ditemui maut di dalam sebuah rumah dua tingkat di Taman Sentosa, dekat Tangkak hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, PBK II Mohd Nizam Yom berkata, pihaknya menerima maklumat daripada pihak polis kira-kira 10.30 pagi dan berikutan itu, enam anggota bersama sebuah jentera telah dihantar ke lokasi kejadian.

“Setibanya Pasukan Tindakan Operasi (PTO) di tempat kejadian didapati benar terdapat seorang mangsa di dalam rumah dua tingkat yang berkunci.

“Anggota bomba kemudian memotong kunci pintu rumah menggunakan Bolt Cutter bagi membuka pintu rumah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ketika pemeriksaan lanjut dijalankan, mangsa didapati terbaring di sebuah bilik utama rumah berkenaan.

“Mangsa dikatakan tinggal berseorangan dan disahkan telah meninggalkan dunia lebih daripada 24 jam. Mayatnya telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Punca sebenar kematian masih disiasat. - Bernama

Artikel Berkaitan: