Lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia dalam semak

Seorang warga emas lelaki ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tertiarap dengan berkain pelekat tanpa baju, di kawasan semak berhampiran Sungai Kampung Titi Tok Bandar di Kangar pagi Sabtu.
Seorang warga emas lelaki ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tertiarap dengan berkain pelekat tanpa baju, di kawasan semak berhampiran Sungai Kampung Titi Tok Bandar di Kangar pagi Sabtu.
A
A
A

KANGAR - Seorang warga emas lelaki ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tertiarap dengan berkain pelekat tanpa baju, di kawasan semak berhampiran Sungai Kampung Titi Tok Bandar di sini pagi Sabtu.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, warga emas yang dikenali Che Man Che Pi, 68, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh seorang lelaki di kawasan itu, pada 11.10 pagi tadi.

"Hasil siasatan lanjut polis dapati lelaki tersebut telah meninggal dunia... dan disahkan oleh anak lelaki itu, bapanya telah menghilangkan diri dari rumahnya di Kampung Medan Utan Aji sejak tiga hingga empat hari lepas,” katanya dalam satu kenyataan malam Sabtu.

Muhammad berkata, usaha mencari warga emas itu sebelum ini telah dijalankan pihak waris dan rakan, namun gagal dan lelaki itu juga mempunyai sejarah penyakit darah tinggi serta menerima rawatan psikiatri di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Beliau berkata, pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis telah membuat pemeriksaan dan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan buat masa ini kes itu diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut.- Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!