Bagi alasan lupa 'renew' cukai jalan, Volvo XC90 disita

Anggota JPJ memeriksa sebuah kenderaan jenis Volvo XC90 yang ditahan pihak JPJ kerana gagal perbaharui cukai jalan dan insurans semasa Op HRA di Jalan Sungai Rasau Lama hala Shah Alam, Selangor pada Rabu. Foto ihsan JPJ.

A
A
A

SHAH ALAM - Lupa perbaharui cukai jalan dan insurans antara alasan diberi pemandu kereta mewah jenis Volvo XC90 selepas ditahan semasa rondaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Sungai Rasau Lama menghala ke Shah Alam, di sini pada Rabu.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, kereta dipandu lelaki tempatan berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 10 malam menerusi Op Hari Raya Aidilfitri (HRA).

"Pemeriksaan mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh dan tidak mempunyai insurans.

"Berikutan itu, kereta terbabit telah disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, soal siasat terhadap pemandu mendakwa kenderaan itu adalah milik syarikat selain lupa untuk perbaharui cukai jalan.

Katanya, ketika ditahan, lelaki itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja.

Tegasnya, sebarang aduan kesalahan lalu lintas, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan berserta butiran pengadu dan butiran aduan.

Baru-baru ini, Sinar Harian melaporkan Op HRA telah menyita dua kenderaan jenis BMW atas kesalahan tidak cukai jalan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!