CIMB nafi operasi MyDebit alami gangguan

CIMB Bank Berhad memaklumkan operasi MyDebit boleh digunakan pelanggannya seperti biasa.
CIMB Bank Berhad memaklumkan operasi MyDebit boleh digunakan pelanggannya seperti biasa.
A
A
A

SHAH ALAM - CIMB Bank mengesahkan sistem perbankannya tidak mengalami sebarang masalah gangguan operasi MyDebit seperti yang didakwa berlaku pada 14 hingga 27 April ini.

CIMB Bank Berhad dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, sistem MyDebit akan terus melalui penyelenggaraan berjadual seperti biasa.

Menurut kenyataan itu, ia adalah sebahagian daripada usaha untuk sentiasa menaik taraf sistem perbankan CIMB demi memastikan semua pengguna kekal menikmati pengalaman perbankan yang optimum.

“CIMB sedia maklum tentang gangguan perkhidmatan sementara pada 8 dan 9 April 2024 lalu yang menyebabkan beberapa perkhidmatan kami tergendala.

“Namun demikian, kami ingin menjelaskan bahawa semua perkhidmatan kembali pulih dan beroperasi pada hari sama dan perkara tersebut ditangani secepat mungkin. Malah, semua pelanggan CIMB dapat menggunakan perkhidmatan perbankan kami seperti biasa,” kata kenyataan itu.

CIMB mengeluarkan kenyataan itu bagi mengulas mengenai dakwaan Ketua Pegawai Operasi Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC), Dr Ir Muhidin Arifin bahawa sistem MyDebit CIMB mengalami gangguan bermula 14 hingga 27 April ini.

CIMB turut menjelaskan bahawa perkhidmatan berkenaan beroperasi dengan lancar dan semua pelanggan boleh menggunakannya seperti biasa.

“CIMB kekal komited mempertahankan standard pengalaman pelanggan bertahap tinggi serta mengukuhkan dan meningkatkan daya tahan serta operasi platform kami untuk memastikan pengalaman perbankan yang lancar dan lebih baik bagi semua pelanggan CIMB.

Artikel Berkaitan:

“CIMB juga menyatakan bahawa sistem perbankan teras dan data pelanggan kami kekal selamat dan utuh,” katanya.

Untuk maklumat lanjut tentang penyelenggaraan berjadual, layari https://www.cimbclicks.com.my/maintenance-schedule.html.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!