Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah

Anwar tiba di sebuah hotel di Kota Kinabalu bagi menghadiri perjumpaan khas MPN Sabah.
Anwar tiba di sebuah hotel di Kota Kinabalu bagi menghadiri perjumpaan khas MPN Sabah.
A
A
A

KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bagi menghadiri perjumpaan khas Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini.

Beliau yang tiba pada tepat jam 8.30 pagi untuk mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini.

Turut hadir, Pengerusi MPN Sabah, Datuk Sangkar Rasam; Naib Presiden PKR, Awang Husaini Sahari; Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek; Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil; dan ketua-ketua cabang termasuk Ketua Cabang Kota Kinabalu Datuk Christina Liew, Ketua Cabang Kota Belud Datuk Mustapha Sakmud, Ketua Cabang Sepanggar, Peto Galim dan lain-lain.

Sebelum ini, Sangkar diminta berundur daripada jawatannya selepas 15 ketua cabang menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menolak kepimpinan beliau sebagai Pengerusi MPN Sabah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: