GiatMara Bagan Datuk jadi MCI

Ahmad Zahid (tengah) menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 anjuran beliau di pekarangan Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini, pada Jumaat.
Ahmad Zahid (tengah) menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 anjuran beliau di pekarangan Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini, pada Jumaat.
A
A
A

BAGAN DATUK - GiatMara Bagan Datuk dinaik taraf menjadi Malaysia-China Institute (MCI) yang merupakan pusat Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memfokuskan kenderaan elektrik (EV).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, institut tersebut melatih pelajar Malaysia sebelum dihantar ke China bagi mengikuti latihan lanjut.

Menurutnya, pengoperasian MCI sudahpun bermula di kompleks GiatMara Bagan Datuk sedia ada.

"Sebenarnya kita dah bermula daripada 2,000 tempat yang disediakan itu, 650 orang telah kita hantar ke China dan kita buka peluang ini untuk orang Cina, India, rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak juga untuk dihantar.

"Mereka memberikan tempat dan pembiayaan percuma, yang mereka minta cuma bayaran tiket sahaja dan saya telah berbincang dengan beberapa pihak untuk melakukan penajaan tiket ini," katanya kepada pemberita ketika Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 anjuran beliau di pekarangan Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini, pada Jumaat.

Ahmad Zahid berkata, penubuhan itu selaras dengan Dasar Kerjasama Timur yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, institusi TVET yang ditubuhkan bagi menterjemahkan kerjasama di antara Malaysia dengan China.

"Mereka menyatakan bahawa kaedah pelaburan ini dibuat untuk menempatkan semula pelaburan mereka ke Malaysia dan mereka memerlukan ramai jurutera-jurutera dan juruteknik dalam bidang AI (kecerdasan buatan), EV, hidrogen, solar, telekomunikasi.

Artikel Berkaitan:

"Oleh kerana Dasar Perindustrian Baharu telah memfokuskan kepada penggunaan tenaga mahir maka Majlis TVET negara telah bersetuju supaya kursus-kursus yang ditawarkan sebanyak 1,345 di institusi TVET ini akan memfokuskan kepada bidang-bidang yang saya sebutkan tadi iaitu bersesuaian dengan tenaga kerja oleh pelabur di luar," katanya.

Januari lalu media melaporkan, sebanyak 17 institusi TVET di China bersetuju dan bersedia untuk bersama dalam Malaysia-China Institute (MCI) dengan menawarkan sebanyak 2,000 kuota latihan sepanjang tahun ini bagi meningkatkan kemahiran kepada pelajar TVET Malaysia.

Kuota latihan yang diberikan itu dalam pelbagai bidang khususnya berkaitan Kenderaan Elektrik (EV), kecerdasan buatan (AI), teknologi Internet Pelbagai Benda (IoT), solar, teknologi maklumat dan pemesinan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!