MIDF tingkat langkah keselamatan lindungi data pelanggan

MIDF
MIDF
A
A
A

MIDF telah mempertingkatkan lagi langkah keselamatan bagi mengelakkan kebocoran data berlaku pada masa akan datang.

Bank pelaburan itu dalam satu kenyataan memaklumkan telah bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menangani isu berkenaan.

“Kami kekal fokus pada pengukuhan rangka kerja keselamatan data kami, dasar, sistem dan proses,” kata kenyataan itu pada Jumaat.

MIDF turut menasihatkan pelanggannya untuk terus berwaspada dan melaksanakan usaha wajar dalam melindungi maklumat peribadi.

“Sila berhati-hati apabila didekati oleh sumber yang tidak dikenali atau tidak diminta, termasuk komunikasi pancingan data dengan pautan yang mencurigakan.

“Keselamatan anda adalah keutamaan kami, dan kami berterima kasih atas kepercayaan dan sokongan berterusan anda,” katanya.

Ketika ini, kes kecurian data di Malaysia menunjukkan peningkatan membimbangkan apabila melonjak ketara kepada 646 insiden tahun lalu berbanding hanya dua angka pada tahun sebelumnya.

Jumlah insiden pelanggaran (kecurian) data membabitkan organisasi dan individu itu adalah yang dilaporkan kepada Pusat Bantuan Cyber999 pada 2023, meningkat berkali ganda daripada hanya 50 kes pada 2022 dan 91 kes pada 2021.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan statistik CyberSecurity Malaysia (CSM), pelanggaran data adalah insiden keselamatan siber kedua tertinggi yang dilaporkan daripada keseluruhan 5,917 kes pada 2023, selepas jenayah penipuan yang mencatatkan 3,705 kes.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!