Statistik harian JSPT: 2,096 kemalangan, 10 kematian

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kes kemalangan harian menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 2,096 kes di seluruh negara pada Rabu.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 148 kes berbanding 1,948 kes dilaporkan pada Selasa.

"Bagaimanapun, jumlah kematian menurun enam kes daripada 16 kepada 10 kematian yang direkodkan pada Selasa," katanya.

Sebelum itu, JSPT Bukit Aman menyiarkan maklumat statistik jumlah kes kemalangan jalan raya dan kematian secara harian, hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai kesesakan dan keselamatan jalan raya.

Penyiaran data statistik itu kepada umum adalah sebagai langkah meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dan orang ramai betapa seriusnya kes kemalangan jalan raya yang berlaku pada setiap hari.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilaporkan berkata, tindakan itu dilaksanakan dengan pelaporan dibuat Polis Diraja Malaysia sama seperti pelaporan kes harian jangkitan Covid-19 sebelum ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: