Polis kesan lelaki kes rakam gambar, video dalam tandas wanita

Lelaki yang disyaki melakukan perbuatan mengaibkan kehormatan di tandas wanita di sebuah pusat beli belah di Kota Kinabalu.
Lelaki yang disyaki melakukan perbuatan mengaibkan kehormatan di tandas wanita di sebuah pusat beli belah di Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan membabitkan kes merakam gambar atau mengambil video seorang wanita di tandas sebuah pusat beli-belah di sini pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes mengaibkan kehormatan daripada seorang pengadu pada Rabu.

"Kejadian berlaku pada 8.40 malam di mana pengadu menyedari ada individu tidak dikenali sedang memegang telefon bimbit di bawah pintu tandas dan disyaki merakam gambar atau video perbuatan pengadu.

"Susulan kejadian itu, semakan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV, suspek merupakan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an, berbaju hitam, berseluar coklat, bermisai serta berjanggut nipis selain memakai selipar," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu, Mohd Zaidi berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkenaan lelaki dalam rakaman CCTV tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Wan Azman Mat Salleh di talian 012-8260050 bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan membabitkan kes merakam gambar atau mengambil video seorang wanita di tandas sebuah pusat beli belah di Kota Kinabalu pada Selasa lalu. #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Jenayah #Polis #Wanita #Tandas #Rakam #KotaKinabalu #Gambar #Video

Artikel Berkaitan:

Earned It (Fifty Shades Of Grey) - A Tribute to The Weeknd - Saxtribution