Sila log masuk terlebih dahulu.

Penduduk Cina gembira bantu Orang Melayu pulang ke ibu kota

17 April 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 17 APRIL 2024

Penduduk Kampung Baru Palawan dekat Langkap, Perak tidak menyangka usaha kecil mereka membantu meratakan jalan bagi memudahkan orang Melayu balik semula ke ibu kota, mendapat perhatian di media sosial, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Keprihatinan yang ditunjukkan oleh kaum Cina itu mendapat pujian masyarakat seluruh negara.

Jalan ladang kelapa sawit sejauh tiga kilometer itu menjadi laluan alternatif mengelak kesesakan dari Chui Chak ke Bidor dan Kuala Bikam berhampiran.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/659827/berita/nasional/penduduk-cina-gembira-dapat-bantu-orang-melayu-pulang-ke-ibu-kota

Muzik: www.bensound.com