Datuk rogol cucu: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 20 tahun

Mahkamah Rayuan pada Selasa mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang datuk kerana merogol cucu perempuannya yang berusia tujuh tahun enam tahun lepas. Gambar hiasan Bernama
Mahkamah Rayuan pada Selasa mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang datuk kerana merogol cucu perempuannya yang berusia tujuh tahun enam tahun lepas. Gambar hiasan Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan pada Selasa mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang datuk kerana merogol cucu perempuannya yang berusia tujuh tahun enam tahun lepas.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin menolak rayuan lelaki berusia 71 tahun itu untuk mengurangkan hukuman penjaranya.

Hakim Hadhariah berkata, tiada merit dalam rayuan lelaki itu dan mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Dia diperintahkan menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 5 Ogos 2021.

Pada 16 Ogos 2021, lelaki itu dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas dia mengaku bersalah merogol kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun tujuh bulan itu di sebuah pangsapuri di Kajang, Selangor pada 6.30 petang pada 1 April 2018.

Dia juga diperintahkan menjalani kaunseling selama 10 tahun dan pengawasan polis selama tiga tahun.

Lelaki itu merayu ke Mahkamah Tinggi dan pada masa yang sama pihak pendakwaan turut memfailkan rayuan balas supaya hukuman lebih berat dan penjara lebih lama dikenakan terhadap lelaki itu.

Pada 2 Mac 2022, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan balas pihak pendakwaan dan meningkatkan tempoh hukuman penjara kepada 20 tahun.

Artikel Berkaitan:

Peguam Muhamad Afiq Audy mewakili lelaki itu manakala Timbalan Pendakwa Raya P. Sarulatha mewakili pihak pendakwaan. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!