Sila log masuk terlebih dahulu.

Pembinaan kolam selam tempur Kem Iskandar dijangka siap Jun

16 April 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 16 APRIL 2024

Projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing yang mengalami kelewatan sudah diberikan enam kali lanjutan masa (EOT), sejak empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian Nor Azura Md Amin.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan pembinaan kolam selam tempur tersebut dijangka siap pada Jun depan.

Katanya, kerajaan Johor menjunjung kasih atas keprihatinan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim melihat projek-projek infrastruktur melibatkan agensi-agensi supaya dapat dilakukan dengan cepat.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/659761/edisi/johor/pembinaan-kolam-selam-tempur-kem-iskandar-dijangka-siap-jun

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Johor #OnnHafiz