Niaga hadapan emas ditutup rendah

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada hari Isnin, menjejaki niaga hadapan emas COMEX di tengah-tengah ketegangan geopolitik di Timur Tengah. Gambar hiasan
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada hari Isnin, menjejaki niaga hadapan emas COMEX di tengah-tengah ketegangan geopolitik di Timur Tengah. Gambar hiasan
A
A
A

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada hari Isnin, menjejaki niaga hadapan emas COMEX di tengah-tengah ketegangan geopolitik di Timur Tengah.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta April 2024 merosot kepada AS$2,355.40 setiap auns troy daripada AS$2,402.4 setiap auns troy ketika ditutup pada Jumaat, sementara Mei 2024 turun kepada AS$2,371.20 setiap auns troy daripada AS$2,418.2 setiap auns troy sebelum ini.

Kontrak Jun 2024, Julai 2024, Ogos 2024 dan Oktober 2024 semuanya ditutup rendah pada AS$2,376.40 setiap auns troy daripada AS$2,423.7.

Jumlah dagangan meningkat kepada 20 lot daripada lapan, manakala kepentingan terbuka naik kepada 58 kontrak daripada 44 kontrak pada Jumaat.

Mengikut Persatuan Pasaran Jongkong London pada penetapan 12 April, harga emas fizikal berada pada AS$2,401.50 setiap auns troy. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: