Rusia selar sisi 'hipokrit' Barat

Nebenzya pernah melemparkan kritikan pedas terhadap UNSC kerana gagal mengambil sebarang tindakan terhadap Israel setelah ia membedil Kedutaan Iran di Damsyik pada awal bulan lalu. Foto Agensi
Nebenzya pernah melemparkan kritikan pedas terhadap UNSC kerana gagal mengambil sebarang tindakan terhadap Israel setelah ia membedil Kedutaan Iran di Damsyik pada awal bulan lalu. Foto Agensi
A
A
A

NEW YORK - Rusia menyelar sikap berdiam diri sejumlah negara Barat ketika mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengenai konflik di Asia Barat pada Ahad.

Kritikan lantang itu disuarakan Wakil Tetap Moscow ke PBB, Vasily Nebenzya selepas beliau mendakwa kebanyakan pemimpin Barat berpendirian dwistandard dan tidak mempunyai keberanian untuk menyatakan secara langsung tentang krisis yang semakin meningkat di rantau tersebut termasuk Perang Gaza yang sudah berlarutan selama lebih setengah tahun.

“Kami menganggap tindakan menutup mulut sebagai tidak boleh diterima terutamanya krisis Iran-Israel yang berpunca daripada Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya.

"Sidang tentang serangan balas Iran ke atas Israel jelas menunjukkan sisi 'hipokrit' Barat. Jika misi diplomatik Barat diserang, sudah pasti anda tidak teragak-agak membalas semula kerana segala-galanya tentang mereka adalah 'suci' dan wajar dilindungi," tegas beliau.

Beliau turut menggesa semua pihak supaya mengelakkan peningkatan konflik di Asia Barat yang berisiko menjadi konfrontasi serantau.

“Kesemua isu yang timbul harus diselesaikan secara eksklusif melalui cara penyelesaian politik dan diplomatik,” ujarnya lagi.

Pada awal bulan lalu, Nebenzya pernah melemparkan kritikan pedas terhadap badan dunia itu kerana gagal mengambil sebarang tindakan terhadap serangan dilancarkan rejim Tel Aviv ke atas Kedutaan Iran di Damsyik malah ia beliau turut mengutuk Israel kerana tidak mematuhi resolusi UNSC. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: