Penduduk Kuala Pertang agih air percuma kepada perantau

Penduduk di Kuala Pertang, Kuala Krai berkongsi rezeki dengan mengagihkan air minuman percuma kepada perantau yang melalui jalan kampung tersebut untuk pulang ke ibu kota selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri. Penduduk di kawasan Telekong, Kuala Krai turut berkongsi rezeki dengan mengagihkan minuman kepada anak-anak perantau.

A
A
A

KUALA KRAI - Penduduk di Kuala Pertang di sini berkongsi rezeki dengan mengagihkan air minuman percuma kepada perantau yang melalui jalan kampung tersebut untuk pulang ke ibu kota selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menariknya, air kotak dan botol itu hasil derma daripada penduduk untuk meraikan perantau

Penghulu Mukim Kuala Pertang, Mat Ropi Abdullah berkata, laluan kampung tersebut merupakan jalan alternatif yang menjadi pilihan perantau dari Kota Bharu ke Gua Musang untuk pulang ke ibu kota.

"Sepanjang laluan itu, anak-anak muda akan menunggu di kawasan persimpangan untuk mengagihkan minuman kepada perantau.

Penduduk menyediakan air minuman buat perantau.
Penduduk menyediakan air minuman buat perantau.

"Melalui laluan ini mereka boleh tembus ke Laloh tanpa perlu berhadapan dengan kesesakan lalu lintas di jalan utama," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Dalam perkembangan lain, beliau berpesan kepada perantau supaya tidak memandu laju apabila melalui kawasan kampung.

Ini kerana katanya, sepanjang musim perayaan ini sudah berlaku beberapa kemalangan disebabkan kecuaian.

Artikel Berkaitan:

Menariknya, air kotak dan botol itu hasil derma daripada penduduk untuk meraikan perantau.
Menariknya, air kotak dan botol itu hasil derma daripada penduduk untuk meraikan perantau.

"Antaranya ialah terlanggar pokok kelapa sawit, terbabas dan sebagainya.

"Kami berharap perantau selamat sampai ke destinasi yang dituju," katanya.

Laluan di Kampung Kuala Pertang, Kuala Krai merupakan jalan alternatif yang menjadi pilihan perantau dari Kota Bharu ke Gua Musang untuk pulang ke ibu kota.
Laluan di Kampung Kuala Pertang, Kuala Krai merupakan jalan alternatif yang menjadi pilihan perantau dari Kota Bharu ke Gua Musang untuk pulang ke ibu kota.

Selain itu, penduduk di kawasan Telekong turut berkongsi rezeki dengan mengagihkan minuman kepada anak-anak perantau.

Situasi tersebut turut berlaku di Batu Gajah, Tanah Merah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!