‘Saya tidak lari bayar baki gaji’

Norizam (kiri), Laporan Sinar Harian
Norizam (kiri), Laporan Sinar Harian
A
A
A

"SAYA tidak lari bayar baki gaji’. Itu tegas pemilik Kelantan FC, Norizam Tukimann yang sekali lagi memberi jaminan akan menyelesaikan tunggakan gaji dihadapi pasukan The Red Warriors (TRW) secara berperingkat.

Malah, menerusi akaun TikToknya, Norizam yang lebih kenali Zamsaham menyatakan wang pendahuluan RM1,000 kepada pemain-pemain TRW bukti komitmennya menyelesaikan tunggakan tiga bulan dihadapi kelab pantai timur tersebut.

Namun pada masa sama Zamsaham terkilan apabila terdapat segelintir pihak yang menuntut pembayaran tunggakan gaji penuh dan bukan RM1,000 setiap seorang.

“Cumanya saya terkejut apabila segelintir yang komen untuk memboikot ramai-ramai dan tidak terima RM1,000 yang saya berikan.

“Maksudnya jom boikot ramai-ramai, tak payah ambil pun duit itu. Saya terkejut, kalau individu tersebut duit banyak mungkin awak tak payahlah ambil RM1,000.

“Akan tetapi bagi yang memerlukan, RM1,000 pun besar sebenarnya. Macam sayalah, saya dapat dahulukan RM20,000 pun sebenarnya besar bagi saya.

“Sebab itulah kemampuan yang saya ada untuk memberikan RM20,000 dahulu,” ujar usahawan itu di TikToknya apabila menjelaskan hanya dapat mengagihkan RM20,000 sebagai wang pendahuluan berdasarkan kemampuannya pada masa ini.

Artikel Berkaitan: