Aston Villa banyak berubah di bawah Emery - Arteta

Arteta (kiri) dan Emery
Arteta (kiri) dan Emery
A
A
A

PENCAPAIAN Aston Villa di bawah kendalian bekas pengendali Arsenal, Unai Emery disifatkan sebagai sesuatu yang cukup luar biasa, kata penggantinya Mikel Arteta di The Gunners menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris kedua-dua pasukan.

Kehadiran Emery ke Stadium Emirates pada Ahad menjadi kunjungan kali pertama pengendali Sepanyol itu sejak meninggalkan London, dengan lawatannya sebelum ini sebagai pengurus kelab LaLiga Sepanyol, Villarreal pada 2021.

"Apa yang mereka lakukan sejak Unai masuk, beliau telah memberi impak besar kepada kelab dari segi prestasi dan mereka masih dalam saingan Eropah.

"Saya sangat kagum dengan apa yang mereka lakukan pada ketika ini," kata Arteta.

Villa menduduki tempat ketujuh musim lalu selepas Emery menyertai pada Oktober 2022, penamat 10 teratas pertama sejak 2010/11.

Kelab dari Birmingham yang ditubuhkan pada 1874 ketika ini berada di kedudukan kelima dengan 60 mata, 11 di belakang pendahulu Arsenal.

Emery yang berusia 52 tahun itu turut melengkapkan perlawanan ke-1,000 sebagai pengendali ketika Villa menewaskan Lille 2-1 dalam aksi suku akhir pertama Liga Konfrensi Europa pada Khamis lalu.

"Sukar dipercayai yang beliau telah melakukan seterusnya meninggalkan banyak kesan di banyak negara dalam konteks yang berbeza.

Artikel Berkaitan:

"Beliau datang dari kawasan yang sangat dekat dengan kampung halaman saya. Saya sangat mengagumi dan menghormatinya. Doakan yang terbaik selepas Ahad," kata Arteta.

Sebagai rekod, Arsenal tewas di Villa pada Oktober dan, dengan Liverpool mengumpul mata dan juara bertahan Manchester City ketinggalan satu, Arteta menegaskan keperluan untuk fokus pada setiap perlawanan tanpa membiarkan perebutan kejuaraan menjejaskan tumpuan.

"Setiap perlawanan akan menentukan bentuk masa depan kita. Ia satu-satunya perkara yang mungkin untuk melihat satu perlawanan, dan satu hari. Kerana ia satu-satunya perkara yang mengekalkan tumpuan anda dan menentukan tugas yang perlu anda lakukan pada hari itu," ujar bekas penolong Pep Guardiola di Manchester City itu sebelum ini.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!