Lelaki dipijak gajah masih dirawat di hospital

Saarani (tengah) menziarahi Ahmad Nazri dan bertemu dengan keluarga mangsa di HRPB di sini pada Jumaat.
Saarani (tengah) menziarahi Ahmad Nazri dan bertemu dengan keluarga mangsa di HRPB di sini pada Jumaat.
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki yang dipijak gajah berhampiran Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Gerik pada Khamis masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Kejadian yang menimpa mangsa, Ahmad Nazri Osman, 55, turut mendapat perhatian Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Saarani sempat meluangkan masa menziarahi mangsa yang berasal dari Felda Bersia, Gerik dan ahli keluarga di HRPB pada Jumaat.

"Dikejutkan dengan berita lelaki parah dipijak gajah di Batu 11 dekat Tugu Peringatan, Lebuhraya Timur Barat Gerik-Jeli. Petang tadi saya terus ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk melihat keadaan sebenar mangsa.

"Saya difahamkan, Ahmad Nazri Osman yang berasal dari Felda Bersia mengalami patah rusuk, tulang kaki kiri dan pendarahan kepala. Sempat beri kata semangat kepada ahli keluarga yang diuji dengan cabaran di sebalik meraikan Aidilfitri," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Saarani turut meminta orang ramai mendoakan supaya mangsa segera sembuh dan kesihatan kembali pulih akibat kejadian berkenaan.

SInar Harian pada 12 April melaporkan mangsa parah selepas diserang gajah liar ketika mencari tempat untuk buang air besar berhampiran Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini pada Khamis.

Dalam kejadian sekitar jam 7 malam, mangsa berusia 55 tahun singgah di lokasi tersebut kerana mengalami sakit perut sebelum terserempak dengan mamalia terbabit.

Artikel Berkaitan:

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan kejadian tersebut.