Keluarga ustaz Farid Ravi sambut Aidilfitri

Keluarga ustaz Farid Ravi mengunjungi rumah beliau untuk menyambut hari raya bersama -sama
Keluarga ustaz Farid Ravi mengunjungi rumah beliau untuk menyambut hari raya bersama -sama
A
A
A

SHAH ALAM - Walaupun berlainan agama namun kasih sayang keluarga tidak pernah putus apabila keluarga pendakwah terkenal, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Farid Ravi Abdullah mengunjungi kediaman beliau sempena sambutan Aidilfitri.

Video yang berdurasi 1 minit 14 saat itu memaparkan keluarga Mohd Farid Ravi atau dikenali Ustaz Farid Ravi sedang berkumpul dan bermesra.

Lebih mengujakan apabila pelbagai juadah telah disediakan antaranya sambal udang, lemang, sambal tauhu dan rendang daging.

Menurut Mohd Farid Ravi menerusi rakaman di Tik Tok, keluarganya datang ke rumah untuk menyambut hari raya bersama-sama.

"Hari ini sambutan hari raya di rumah saya, ramai saudara mara saya datang hari ini.

"Tengok dekat dapur, banyaknya menu," ujarnya.

Beliau turut mengucapkan selamat hari raya sebelum mengakhiri video tersebut.

"Selamat hari raya semua," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!