X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada apa yang diperoleh daripada perang: Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada apa-apa yang boleh diperoleh daripada perang seperti yang ditunjukkan oleh penglibatan Amerika Syarikat (AS) dalam perang Vietnam.

Beliau menyatakan bahawa sebagai kuasa ketenteraan yang paling hebat di dunia hari ini, Amerika Syarikat mempunyai keupayaan untuk menghapuskan seluruh umat manusia jika ia memilih untuk melakukannya, tetapi Amerika mesti mengingati hasil perang Vietnam.

Dr Mahathir berkata, kuasa hebat yang menggunakan segala kekuatan tentera, semua teknologi dan sejumlah besar wangnya dikalahkan oleh orang Vietnam.

“Puluhan ribu tentera Amerika mati dan banyak lagi yang cedera parah pada tubuh dan minda. Untuk semua pengorbanan ini apa yang diperoleh Amerika ? Tidak ada apa-apa, sebenarnya tiada yang tidak dapat diperoleh dengan cara yang aman," katanya dalam entri di blognya 'Chedet' hari ini.

“Orang Vietnam berjuang dan mati untuk negara mereka,” kata Perdana Menteri sambil menambah bahawa semangat patriotik itu benar-benar wajar.

Itu juga akan menjadi semangat negara-negara lain yang diserang oleh Amerika atau kuasa-kuasa lain. Pertahanan dan pengorbanan yang dibuat untuk sesebuah negara memang dijangka.

"Tetapi mereka yang mengorbankan nyawa berperang untuk melakukan pencerobohan mati sia-sia," kata Dr Mahathir.

Beliau juga mengimbau ingatan tentang apa yang berlaku di Iraq.

“Ingat juga Iraq. Ia sepatutnya berakhir dalam tempoh tiga bulan. Tetapi ianya masih berlaku sekarang setelah hampir 18 tahun. (Presiden) Saddam (Hussein) telah mati tetapi adakah Iraq kini jauh lebih baik daripada sewaktu Saddam?

“Saya tidak fikir autokrasi adalah betul. Tetapi sekiranya demokrasi adalah jawapannya, mengharapkan berlaku keajaiban dalam sekelip mata adalah dungu,” kata Dr Mahathir. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus