Penduduk Gaza terima bantuan kemanusiaan Aidilfitri

Bantuan kemanusiaan yang digugurkan menggunakan payung terjun di Gaza City hasil kerjasama negara Perancis, Britain dan Jordan. - AFP
Bantuan kemanusiaan yang digugurkan menggunakan payung terjun di Gaza City hasil kerjasama negara Perancis, Britain dan Jordan. - AFP
A
A
A

PARIS - Beberapa negara termasuk Perancis menggugurkan kira-kira 110 tan bantuan kemanusiaan di Gaza menggunakan pesawat di wilayah yang masih dilanda peperangan akibat pencerobohan Israel yang kini memasuki tempoh enam bulan.

"Ketika penduduk Gaza masih dilanda peperangan, Perancis terus menghantar ubat-ubatan dan makanan kepada mereka yang semakin terhimpit akibat krisis kebuluran.

Tentera Udara Diraja Jordan menggugurkan bantuan kemanusiaan seperti makanan dan ubat-ubatan di wilayah Gaza. - AFP
Tentera Udara Diraja Jordan menggugurkan bantuan kemanusiaan seperti makanan dan ubat-ubatan di wilayah Gaza. - AFP

"Dengan kerjasama negara lain seperti Jordan, kami berjaya menggugurkan hampir 110 tan kargo kepada penduduk di Gaza," menurut ciapan Presiden Perancis, Emmanuel Macron di X.

Pada Rabu, tentera Perancis berkata, Britain dan Jerman turut terbabit dalam operasi bantuan kemanusiaan tersebut.

Bantuan kemanusiaan menerusi udara dibuat ketika seluruh penduduk Gaza sedang menyambut sambutan Aidilfitri, manakala Israel berterusan mengebom orang awam yang mengorbankan seramai 14 orang pada Rabu.

Deretan payung terjun digugurkan ke wilayah di Gaza untuk membantu penduduk yang kini di ambang kebuluran akibat sekatan laluan darat oleh tentera Israel. - AFP
Deretan payung terjun digugurkan ke wilayah di Gaza untuk membantu penduduk yang kini di ambang kebuluran akibat sekatan laluan darat oleh tentera Israel. - AFP

Selepas konflik Hamas-Israel memasuki tempoh enam bulan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa wilayah masih dikepung rejim zionis telah berdepan kebuluran amat teruk.

Artikel Berkaitan:

Justeru, petugas bantuan telah berulang kali menggesa Israel membenarkan kemasukan konvoi bantuan makanan yang beratur panjang melalui sempadan darat dengan Mesir ke Gaza.

Penduduk Gaza berlari mendapatkan bantuan kemanusiaan yang digugurkan menerusi payung terjun sekitar Gaza City. - AFP
Penduduk Gaza berlari mendapatkan bantuan kemanusiaan yang digugurkan menerusi payung terjun sekitar Gaza City. - AFP

Mereka menyatakan laluan darat lebih cekap dan murah berbanding penghantaran melalui udara dengan cara menggugurkan kotak makanan menggunakan payung terjun. - AFP

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28