Polis jamin siasatan telus kes remaja maut bertembung kenderaan polis

Azrul (dua dari kiri) ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Melaka pada Khamis.
Azrul (dua dari kiri) ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Melaka pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Polis memberi jaminan siasatan secara telus dan adil berhubung kemalangan maut membabitkan seorang remaja dengan kenderaan polis di Jalan Gangsa-Kesang Durian Tunggal, di sini pada awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Suprintenden Ashari Abu Samah berkata, siasatan secara menyeluruh akan dilakukan dan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota serta pegawai sekiranya dikesan melakukan sebarang kesalahan dalam insiden itu.

"Tindakan tegas akan diambil dan tiada unsur berat sebelah (dalam siasatan) ini.

"Kita juga telah bertemu dengan keluarga mangsa di Unit Forensik Hospital Melaka dan jenazah Allahyarham Mohammad Khairul akan diiring oleh pasukan peronda MPV polis untuk dibawa ke tanah perkuburan Islam bagi proses pengebumian," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Jelasnya, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintenden Azrul Mohamed dan beberapa pegawai telah bertemu ibu bapa serta abang mangsa di hospital selain menyampaikan salam takziah daripada pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Malah segala proses memandikan serta mengkafankan jenazah ditanggung oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah.

"Jenazah juga akan dibawa menggunakan van PDRM dengan pergerakan van akan dieskot oleh pihak MPV," katanya lagi.

Terdahulu, Sinar harian melaporkan mangsa meninggal dunia setelah bertarung nyawa selepas terbabit dalam kemalangan itu.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian jam 2.56 pagi itu mangsa, Mohammad Khairul Basahri, 18, yang menerima rawatan di zon merah Hospital Melaka cedera parah di bahagian kaki dan badan disahkan meninggal dunia pada 12.37 pagi Khamis akibat kecederaan dalaman.

Insiden yang tular dalam keadaan umat Islam sedang sibuk membuat persiapan bagi menyambut Aidilfitri itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

@sinarharianonline

Polis jamin siasatan telus kes remaja maut bertembung kenderaan polis #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Kemalangan #Remaja #Polis

Earned It (Fifty Shades Of Grey) - A Tribute to The Weeknd - Saxtribution