Sila log masuk terlebih dahulu.

Isteri tabah tiga tahun jaga anak selepas suami maut akibat Covid-19

12 April 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 12 APRIL 2024

Meskipun suami tercinta pergi buat selamanya akibat Covid-19 tiga tahun lalu, namun seorang isteri tetap gigih demi menggalas tanggungjawab menjaga tiga anak mereka yang masih kecil, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan Tahir.

Bagi Rabiatul Izzati Tenuri, 34, amanah Allahyarham suaminya, Muhammad Fitri Izzat Mohamad Fairus, tidak sesekali pernah diabaikan, sebaliknya kekal kuat untuk menempuhi hari mendatang.

Rabiatul Izzati kehilangan suaminya yang meninggal dunia selepas ditidurkan di Hospital Sungai Buloh akibat Covid-19 pada 21 Ogos 2021.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #covid19 #ibutunggal