Siasatan kes wanita tikam kekasih ketika hubungan seks selesai

Laporan Sinar Harian pada 3 April lalu.
Laporan Sinar Harian pada 3 April lalu.
A
A
A

KOTA BHARU - Siasatan berkait kes seorang wanita yang bertindak menikam kekasihnya semasa melakukan hubungan seks dalam kejadian di Dataran Lemang, Manik Urai, Kuala Krai, pada 1 April lalu telah selesai.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya telah menyerahkan kertas siasatan kepada pendakwa raya.

"Dalam kes ini sebagaimana awal lagi kita katakan bahawa insiden dipercayai berlaku semasa mereka berdua di dalam bilik itu.

"Itu pengakuan dibuat oleh wanita terbabit. Bagaimanapun itu hanya pengakuan tetapi tidak ada bukti lain," katanya semasa sidang akhbar selepas merasmikan Program Keselamatan Jalan Raya Ops Selamat 22/2024 Sempena Aidilfitri di hadapan Balai Polis Binjai, di sini pada Isnin.

Menurut beliau, siasatan turut melihat kepada sudut mempertahankan diri yang dibuat oleh wanita berkenaan.

Ujarnya, selepas dilihat dari semua sudut, kematian dan mangsa telah ditemui di satu tempat bukan lokasi kejadian.

"Jadi banyak kemungkinan. Selepas ditikam ada banyak lagi kemungkinan lain kerana kejadian sudah beberapa hari.

"Kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan susulan (NFA)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang wanita ditahan selepas dipercayai menikam seorang lelaki menggunakan sebilah pisau pemotong sayur semasa melakukan hubungan seks di Kuala Krai.

Suspek yang berusia 28 tahun itu dikatakan telah menikam mangsa dipercayai kekasihnya sebanyak tiga kali di bahagian perut.

Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di hadapan tandas awam di Dataran Lemang Manek Urai, Kuala Krai kira-kira jam 6.30 petang Isnin lalu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28