Sila log masuk terlebih dahulu.

Iftar bersama rentas parti: ada datang, ada tak datang

09 April 2024 | VIDEO
A
A
A
Perbezaan politik dalam masyarakat menyebabkan api sensitiviti menyala justeru perlu ada cara mengurus perbezaan tersebut, antaranya melalui pendekatan diplomatik, undang-undang dan sebagainya.

Mengulas cadangan agar dianjurkan majlis iftar antara parti-parti politik berbeza, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal-Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata ia telah pun dianjurkan lewat Iftar Madani yang dipanjangkan jemputannya kepada mereka namun jelasnya ada yang hadir dan ada yang tidak.

Beliau berkata demikian dalam Interviu bertajuk “Muslim ramah atau Muslim marah?” di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.

Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=-LLucqbJZ_Q

Facebook: https://fb.watch/rj9_d3bz1M/

Dailymotion: https://dai.ly/k2wmRxdS8K6OyGAqFH0

#Interviu #SinarHarian #Muslim #Islam #MalaysiaMadani #JabatanPerdanaMenteriHalEhwalAgama