Peniaga pandu MPV klon, tiada lesen ditahan

Sebuah MPV ditahan dipercayai kenderaan klon selain pemandunya turut didapati tiada lesen memandu.
Sebuah MPV ditahan dipercayai kenderaan klon selain pemandunya turut didapati tiada lesen memandu.
A
A
A

SHAH ALAM - Lagak seorang peniaga memandu kenderaan menggunakan nombor pendaftaran palsu terbongkar apabila ditahan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor sekitar Lebuhraya Persekutuan, di sini pada Ahad.

Individu terbabit bukan sahaja didapati menggunakan kenderaan klon malah pemeriksaan yang dijalankan turut mendapati dia tiada lesen memandu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, suspek berumur 33 tahun itu didapati memandu dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan anggota JPJ yang sedang melakukan rondaan Op Hari Raya Aidilfitri (HRA).

Beliau berkata, individu terbabit memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Mitsubishi Grandis ditahan kira-kira jam 6.30 petang.

"Anggota JPJ kemudiannya melakukan semakan menerusi peranti penguatkuasaan pengurusan pintar (SmED) mendapati kenderaan terbabit dipercayai klon setelah nombor pendaftaran kenderaan terbabit dipercayai didaftarkan bagi kereta Proton Saga.

"Kenderaan itu turut tidak memiliki cukai jalan yang sah selain individu terbabit tiada lesen memandu," katanya pada Sinar Harian pada Isnin.

Katanya, kenderaan terbabit kemudian dibawa ke Pejabat JPJ Padang Jawa untuk tindakan selanjutnya.

"Anggota JPJ bertugas telah mengambil tindakan tegas terhadap pemilik dan pemandu kenderaan berkenaan selain ia turut disita.

Artikel Berkaitan:

"Semua dokumen penyitaan telah diserahkan kepada Unit Pengurusan Sita bagi tindakan lanjut," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!