Seri ibarat kalah buat Liverpool

van Dijk. Foto Agensi
van Dijk. Foto Agensi
A
A
A

KEPUTUSAN seri 2-2 yang dilakar Liverpool ketika menentang Manchester United di Old Trafford lewat malam Ahad ibarat satu kekalahan buat The Reds.

Kapten Liverpool, Virgil van Dijk berkata, The Reds sepatutnya menamatkan perlawanan tersebut dengan nota kemenangan, namun banyak peluang terhidang dipersiakan.

"Ia bagaikan satu kekalahan. Silap kami sekali lagi," katanya.

Liverpool menutup babak pertama dengan 15 percubaan berbanding tiada langsung buat United.

"Kami mempunyai terlalu banyak peluang dan patut menamatkan perlawanan itu dengan kemenangan," ujar Van Dijk.

Liverpool yang mendominasi perlawanan terlebih dahulu di depan menerusi Luiz Diaz pada minit ke-23.

Mujur penalti Mohamed Salah enam minit sebelum tamat permainan membantu The Reds daripada mengalami kekalahan selepas jaringan menarik daripada Bruno Fernandes dan Kobbie Mainoo.

Keputusan seri itu menyebabkan Liverpool ketinggalan di belakang pendahulu Arsenal menerusi perbezaan jaringan dan hanya satu mata di depan Manchester City dengan berbaki tujuh perlawanan dalam persaingan memburu kejuaraan paling sengit.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!