Hijau neon serlah aura Harimau Selatan

Nazmi Faiz, Romel dan Jalil Elias memperagakan jersi ketiga JDT. Foto Johor Southern Tigers
Nazmi Faiz, Romel dan Jalil Elias memperagakan jersi ketiga JDT. Foto Johor Southern Tigers
A
A
A

JOHOR Darul Ta’zim (JDT), juara Liga Super 10 kali berturut-turut yang akan mengaum di pentas Asia menerusi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 melancarkan jersi ketiga Harimau Selatan dengan warna hijau florescent (hijau neon) menjadi pilihan pada Ahad.

Pelancaran di platform media sosial Johor Southern Tigers itu menyaksikan warna hijau florescent menjadi antara semangat baharu kelab selatan tanah air itu mengharungi saingan musim baharu yang lebih panjang dan kompetitif.

Anak buah Hector Bidoglio yang terkenal dengan warna biru atau putih sejak beberapa musim kebelakangan ini masih mengekalkan kepercayaan terhadap jenama Nike dalam memperagakan imej eksklusif kelab tersebut.

Empat pemain JDT, Arif Aiman Hanapi, Nazmi Faiz Mansor, Romel Morales dan Jalil Elias dipilih menjadi model kepada jersi awayday tersebut yang dijangka digunakan semasa Siri Jelajah Pra Musim di Sepanyol dari 14 hingga 30 April ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: