Verstappen menang kali ketiga di GP Jepun

Max Verstappen. Foto AFP
Max Verstappen. Foto AFP
A
A
A

JUARA dunia, Max Verstappen kembali ke landasan kemenangan apabila meraih kemenangan ketiga berturut-turut dalam Grand Prix (GP) Formula Satu Jepun di Litar Suzuka pada Ahad, sekali gus kedudukan 1-2 bersama rakan sepasukan Sergio Perez pada Ahad.

Verstappen yang terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal di Melbourne dalam GP Australia pada 24 Mac lalu sejak kali terakhir 2022, mencatatkan tiga kemenangan daripada empat perlumbaan musim ini.

“Ini merupakan perlumbaan yang sangat indah, jentera semakin bertambah dan lebih baik,” kata pelumba Belanda bersama Red Bull Racing-Honda RBPT tersebut.

Carlos Sainz, pemenang di Australia dua minggu lalu,mengenepikan rakan sepasukan Ferrari, Charles Leclerc, untuk menduduki kedudukan ketiga podium.

“Ia sukar di luar sana,” kata Sainz.

Lando Norris dari pasukan McLaren pula menduduki tempat kelima dengan pasangan Mercedes, George Russell dan Lewis Hamilton di tempat ketujuh dan kesembilan.

Sementara itu, pelumba muda berusia 23 tahun dari Sagamihara Kanagawa Jepun, Yuki Tsunoda bersama RB menduduki tempat ke-10, memperoleh mata buat kali pertama di laman sendiri.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: