Polis tahan lelaki tular bergaduh depan stesen minyak

Tangkap layar video kejadian tular pergaduhan di hadapan sebuah stesen minyak di Bukit Indah, Iskandar Puteri.
Tangkap layar video kejadian tular pergaduhan di hadapan sebuah stesen minyak di Bukit Indah, Iskandar Puteri.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Individu yang bergaduh dengan seorang wanita dan lelaki di hadapan sebuah stesen minyak di Bukit Indah, dekat sini yang video kejadian tular di media sosial, sudah ditahan polis, pada Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan di Lebuh Kota Iskandar, pada jam 12 tengah hari susulan laporan dibuat mangsa.

"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri telah menerima laporan polis daripada lelaki berusia 26 tahun yang mengatakan dipukul oleh suami kepada kawannya.

"Suspek juga ada membuat laporan polis. Hasil daripada soal siasat ke atas pengadu dan suspek ia berpunca dari sifat cemburu," ujarnya dalam kenyataan pada Ahad.

Ibrahim memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan dan reman akan dimohon di Mahkamah Johor Bahru untuk siasatan lanjut.

Sebelum itu, video berdurasi 46 saat tular di media sosial dan menjadi bualan ekoran lelaki tersebut bertindak menumbuk dan menendang kedua-dua individu tersebut.

Mangsa lelaki berkali-kali di tumbuk kepala manakala wanita berkenaan ditarik rambut sehingga terjatuh.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: