Lelaki ditemukan rentung dalam kereta

Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kereta Proton Saga di Jalan Baru Renggam - Ulu Belitong berhampiran Simpang Tiga Felda Ulu Belitong, Kluang pada awal pagi Ahad. - Foto JBPM Johor
Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kereta Proton Saga di Jalan Baru Renggam - Ulu Belitong berhampiran Simpang Tiga Felda Ulu Belitong, Kluang pada awal pagi Ahad. - Foto JBPM Johor
A
A
A

KLUANG - Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kereta Proton Saga di Jalan Baru Renggam - Ulu Belitong berhampiran Simpang Tiga Felda Ulu Belitong, dekat sini, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mayat Shahrizan Jum, 34, ditemui selepas kerja-kerja memadamkan kebakaran pada jam 1 pagi.

"Abang iparnya memaklumkan mangsa keluar dari rumahnya kira-kira jam 11 malam Sabtu, namun tidak memaklumkan arah tujuannya.

"Waris memaklumkan mangsa tidak bekerja dan hanya menjaga kedua ibu dan bapa yang telah uzur berumur lingkungan 66 tahun selain tidak ada membuat apa-apa pinjaman wang dan tiada permusuhan dengan mana-mana pihak.

"Pemeriksaan juga mendapati simati berseorangan dalam kereta dan berada di tempat duduk pemandu dalam keadaan terbaring," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut Bahrin lagi, mayat mangsa dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Ahmad Syawal Azwan berkata, selepas mendapat panggilan kecemasan mengenai insiden itu, sebuah jentera bersama enam anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, ketika sampai ke tempat kejadian, didapati terdapat kereta yang terbakar sebanyak 95 peratus.

Artikel Berkaitan:

"Pemadaman menggunakan satu aliran salur dan terdapat seorang mangsa terperangkap dalam kereta.

"Mayat diserahkan pada polis untuk tindakan lanjut. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!