Hilang dua hari, mayat lelaki ditemukan tersangkut pada batu

Mayat mangsa ditemukan 300 meter dari lokasi dilaporkan hilang di Sungai Liwagudi, Kampung Kimolohing, Ranau.
Mayat mangsa ditemukan 300 meter dari lokasi dilaporkan hilang di Sungai Liwagudi, Kampung Kimolohing, Ranau.
A
A
A

RANAU - Lelaki yang dilaporkan hilang sejak dua hari lalu akhirnya ditemui meninggal dunia di Sungai Liwagu, Kampung Kimolohing di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mayat Fred Yassin, 42, ditemukan kira-kira 300 meter dari lokasi terakhir dia dilihat pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kehilangan mangsa daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau.

Lelaki yang dilaporkan hilang sejak dua hari lalu akhirnya ditemui meninggal dunia di Sungai Liwagu, Kampung Kimolohing pada Rabu.
Lelaki yang dilaporkan hilang sejak dua hari lalu akhirnya ditemui meninggal dunia di Sungai Liwagu, Kampung Kimolohing pada Rabu.

Ridwan berkata, menurut laporan mangsa bersama keluarganya telah keluar ke kebun pada Isnin lalu.

"Ketika kejadian, kesemua ahli keluarganya menggunakan jambatan gantung untuk ke kebun bagaimanapun mangsa telah turun ke Sungai Liwagu melalui bawah jambatan tersebut.

"Kali terakhir mangsa dilihat oleh ahli keluarganya kira-kira jam 1.30 petang ketika sedang menyeberangi sungai sebelum laporan polis dibuat mengenai kehilangannya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Katanya, susulan kejadian itu seramai empat anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh dua kilometer dari BBP Ranau.

Artikel Berkaitan:

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa segera dilakukan sebelum mangsa ditemukan dalam keadaan tersangkut pada batu kira-kira 300 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 1 petang," katanya.