Sultan Ibrahim bayar zakat RM10 juta

Sultan Ibrahim menyerahkan cek zakat berjumlah RM10 juta kepada Nasri. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Sultan Ibrahim menyerahkan cek zakat berjumlah RM10 juta kepada Nasri. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
A
A
A

JOHOR BAHRU- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menunaikan bayaran zakat berjumlah RM10 juta bagi tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Ahad.

Dalam hantaran itu, Seri Paduka Baginda menyerahkan cek zakat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Nasri Md Ali.

Penyerahan cek itu disaksikan oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: