Konsep open air beri kelainan


Pengunjung bersedia untuk berbuka puasa sempena Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024 di Dataran Karangkraf pada Khamis.
Pengunjung bersedia untuk berbuka puasa sempena Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024 di Dataran Karangkraf pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Penganjuran Iftar Ala Madinah@Karangkraf yang diadakan bersempena bulan Ramadan melabuhkan tirainya pada Jumaat.

Rata-rata pengunjung berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan dan berharap ia dapat diadakan setiap tahun sempena bulan Ramadan.

Pengunjung, Zuraniza Saodin, 31, berkata, konsep open air perlu dikekalkan sekiranya program ini diadakan pada tahun hadapan.

Katanya, keunikan yang ditampilkan melalui Iftar Ala Madinah@Karangkraf tidak akan dapat ditemui di mana-mana lokasi di negara ini.


Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub (tengah) bergambar bersama pengunjung ketika sesi memotong kek sempena ulang tahun Sinar Bestari pada Khamis.
Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub (tengah) bergambar bersama pengunjung ketika sesi memotong kek sempena ulang tahun Sinar Bestari pada Khamis.

“Saya datang berbuka di sini kerana konsep yang diketengahkan oleh pihak penganjur sama seperti berada di Madinah iaitu berbuka puasa secara beramai-ramai.

“Seronok sangat dapat berkumpul bersama kawan-kawan. Ini kali kedua saya datang, suasana di sini amat meriah,” katanya.

Kakitangan awam, Nor Hakimi Wazir Ramlan, 45, pula mencadangkan agar pelbagai reruai dibuka bagi memeriahkan lagi Iftar Ala Madinah@Karangkraf.

Artikel Berkaitan:

Ceramah agama disampaikan oleh ustaz jemputan sebelum majlis berbuka puasa.
Ceramah agama disampaikan oleh ustaz jemputan sebelum majlis berbuka puasa.

“Saya puji program ini, sangat bagus namun lebih meriah jika penganjur memperbanyakkan reruai seperti mengadakan jualan buku. Selain berbuka puasa di sini kami juga dapat mencari bahan bacaan.

“Saya sudah datang enam kali, banyak aktiviti menarik disediakan terutamanya melibatkan kemasyarakatan dan keagamaan. Ada tazkirah yang disampaikan oleh ustaz jemputan secara tidak langsung memberi ilmu kepada pengunjung yang hadir,” ujarnya.


Pelbagai aktiviti disediakan sempena Iftar Ala Madinah@Karangkraf. Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Pelbagai aktiviti disediakan sempena Iftar Ala Madinah@Karangkraf. Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID

Bagi Nor Zhazren Mohammad, 29, dia dan rakan-rakannya dapat berjimat pada bulan Ramadan jika berbuka puasa di Iftar Ala Madinah@Karangkraf.

“Namun sayangnya saya lewat sedar mengenai program ini, minggu lepas baru saya tahu, kalau tidak sudah lama saya datang kerana sangat menjimatkan.

“Kalau pergi bazar sudah pasti saya akan habis kira-kira RM15 bergantung makanan yang dibeli. Di sini, kami dapat makanan dan minuman secara percuma, semuanya sedap,” jelasnya.

Pengunjung berbuka puasa bersama hidangan yang disediakan. Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Pengunjung berbuka puasa bersama hidangan yang disediakan. Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID

Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf bermula 13 Mac hingga 5 April terbuka kepada 2,000 tetamu sehari bagi memberi peluang orang ramai merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mampu mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat.

Program tersebut bermula pada jam 6 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad di Dataran Karangkraf, Seksyen 15 di sini.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28