Anwar imbau kenangan di Permatang Pauh

Anwar meninjau gerai Jualan Termurah Madani yang menyediakan pelbagai barangan keperluan dan produk makanan asas utama.
Anwar meninjau gerai Jualan Termurah Madani yang menyediakan pelbagai barangan keperluan dan produk makanan asas utama.
A
A
A

PERMATANG PAUH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kenangan dan sempat bertemu kenalan lama ketika hadir ke Program Bubur Lambuk Madani di Masjid Kubang Semang, di sini pada Jumaat.

Anwar tiba pada jam 4.53 petang diiringi Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Sebaik tiba, Anwar terlebih dahulu meninjau gerai Jualan Termurah Madani yang menyediakan pelbagai barangan keperluan dan produk makanan asas utama seperti ayam, daging, sayur-sayuran, buah-buahan, barang kawalan dan runcit

Beliau menghabiskan masa kira-kira 30 minit beramah mesra dengan orang ramai dan menyantuni golongan peniaga.

Ahli Parlimen Tambun meluangkan masa bersama penduduk setempat mengacau dan membungkus bubur lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai.
Ahli Parlimen Tambun meluangkan masa bersama penduduk setempat mengacau dan membungkus bubur lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai.

Ahli Parlimen Tambun itu juga meluangkan masa bersama penduduk setempat mengacau dan membungkus bubur lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai.

Anwar kemudiannya beredar untuk program walkabout di Bazar Ramadan Pasar Awam Seberang Jaya dan menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Pulau Pinang yang diadakan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: